FAQ

BERBAGAI TOHMAHAN DAN PENYELEWENGAN FAKTA YANG TIDAK PROFESIONAL YANG DISEBARKAN PESAING MBSB. JANGAN BIARKAN MEREKA MEMPENGARUHI ANDA UNTUK MELEPASKAN PELUANG PENJIMATAN INI. DAPATKAN MAKLUMAT YANG TEPAT DAN BENAR DARI SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI.


NOTIS PENJELASAN

1) 3.99% kadar keuntungan adalah tidak tulus kerana perlu menjelaskan baki pembiayaan bank lain?

Jawapan:
X-Change I adalah satu program pembiayaan peribadi yang berkonsepkan ‘balance transfer’. Ini adalah strategi pemasaran yang terkini yang diguna pakai oleh semua bank termasuk bank islam menerusi pembiayaan kad kredit. Konsep yang sama di guna pakai oleh MBSB untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran melalui satu pembiaya kredit sahaja. Pada masa yang sama kita telah membantu pelanggan dari membayar bayaran bulanan yang tinggi dan ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna pelanggan.


2) Perlindungan insuran untuk 9 tahun, kalau peminjam meninggal dunia siapa yang akan
menanggung beban hutang, adakah pewaris?
 
Jawapan:
Perlindungan Takaful untuk pembiayaan peribadi MBSB adalah merangkumi keseluruhan tempoh pembayaran oleh itu jika di takdirkan peminjam meninggal dunia pada bila bila masa dalam tempoh pembiayaan, hutang peminjam dikira langsai dan pewaris tidak perlu menanggung hutang tersebut.



3) Ansuran bulanan meningkat mulai bulan ke-61?
 
Jawapan:
a) Untuk pakej 3.99% (X-Change-i) tidak akan berlaku peningkatan ansuran bulanan.
b) Pakej Max-I memberikan pelanggan had pembiayaan sehingga 65% (bergantung kepada keperluan pelanggan saperti memerlukan bantuan kewangan untuk Majlis Perkahwinan, Pembiayaan Perubatan, Menanggung kos melanjutkan pelajaran atau lain lain keperluan kewangan)Tidak seperti bank bank lain, MBSB meringankan beban ansuran bulanan pemohon selama 5 tahun dan pemohon hanya akan membayar ansuran yang seterusnya pada bulan 61 dengan peningkatan ansuran yang tidak membebankan. Semua syarat syarat pakej pembiayaan adalah telus dan pemohon boleh memilih pakej yang bersesuaian bergantung kepada keperluan masing masing.



4) Proses pinjaman yang lama di HQ MBSB?

Jawapan:
Sekiranya semua dokumen lengkap dan tiada masalah dengan BIRO atau pihak ke 3 yg menguruskan potongan gaji, MBSB hanya memerlukan tempoh 7 hari bekerja untuk memproses, meluluskan dan mengkreditkan tunai pinjaman ke akaun pelanggan. Malahan sekiranya pembiayaan menerusi program Over-lapse, kami hanya memerlukan dokumen yg minimum iaitu 3 hari untuk kelulusan dan kredit tunai ke akaun pelanggan.


5) Tempoh pegangan 5 tahun dan penjelasan awal dikenakan denda 5% dari baki pinjaman??
 
Jawapan:
Mana-mana institusi perbankan dan kewangan akan mengikat pelanggan mereka melalui kaedah yang sama. Kaedah ini bukan untuk menyusahkan pelanggan tetapi untuk meminta sedikit komitmen dari pelanggan melalui bantuan kewangan yang telah diberikan. 5 tahun adalah tempoh pegangan yang telah ditetapkan tetapi kami masih memberi kelonggaran dengan menghapuskan kesemua caj penalti 5% sekiranya pelanggan membuat pembiayaan semula dengan MBSB sebelum tempoh matang 5 tahun tersebut. Rekod baik MBSB yang menawarkan kadar keuntungan yang setara atau lebih baik dari institusi kewangan yang lain, maka tidak menjadi persoalan sekiranya pelanggan tidak dapat membuat pilihan lain selepas menjadi pelanggan MBSB kerana MBSB lebih tahu apa yang terbaik untuk pelanggan kami.


6) Kadar 2.5% komisen dibayar kepada ejen???

Jawapan:
Strategi pemasaran MBSB adalah melalui lantikan Ejen ejen selain dari pemasaran yang di lakukan sendiri oleh Pegawai Pemasaran. MBSB tidak mempunyai Cawangan yang banyak di seluruh negara oleh itu MBSB bergantung kepada ejen ejen pemasaran untuk memasarkan produk produk kami. Strategi ini dapat mengurangkan kos kos untuk membukan cawangan baru serta kos ‘overhead’ untuk kakitangan syarikat. Dengan penjimatan ini MBSB dapat mengurangkan atau menurunkan kadar pembiayaan sehingga 3.99% ejen-ejen yang dilantik oleh MBSB adalah berwibawa dan terikat dengan polisi dan peraturan MBSB. Ejen kami memberikan servis yang terbaik untuk semua pelanggan kami.
Walaupun MBSB hanya berpengalaman lebih kurang 3 tahun di dalam memberikan pembiayaan peribadi, MBSB tidak pernah menawarkan pakej pakej pembiayaan peribadi yang mengenakan caj caj yang tersembunyi, kadar faedah yang tinggi, yuran yuran ahli serta syarat syarat yang terlampau ketat dan menyusahkan. Sebelum MBSB menawarkan pembiayaan peribadi kepada kakitangan kerajaan, kadar faedah yang di kenakan oleh agensi yang menawarkan pembiayaan peribadi adalah terlalu tinggi sehingga ada yang mencecah berbelas belas peratus dan kadar ‘payout’ yang membebankan serendah 60%.
MBSB merupakan syarikat berkaitan Kerajaan dan adalah menjadi tanggung jawab MBSB untuk menawarkan pakej pakej pembiayaan yang dapat memberi manfaat dan tidak membebankan kepada kakitangan kerajaan. Tindakan MBSB untuk memberikan pakej pembiayaan peribadi yang terbaik ini bagaimanapun tidak di senangi oleh sesetengah pihak sehingga ada yang mula menabur fitnah terhadap MBSB. Walau bagai mana pun, MBSB percaya kebanyakan kakitangan kerajaan sekarang tidak mudah di tipu dan telah dapat menilai sendiri pakej pakej yang dapat memberikan manfaat yang sepenuhnya serta penjimatan ansuran bulan untuk jangka waktu yang panjang. Jadi tidak hairanlah mengapa banyak kakitangan kerajaan yang beralih dan memilih untuk bersama MBSB.



7) Adakah pinjaman MBSB berlandaskan sistem Islamik??


Jawapan:
Ya, kerana mbsb mempunyai akad dalam urusan pinjaman dan segala urusan pinjaman berlandaskn konsep MUDHARABAH.

Maksud mudharabah:

MudharabahSuatu perjanjian antara pemodal (rabbul mal) yang memberi 100% modal untuk perniagaan dengan usahawan (mudharib) yang menguruskan perniagaan dengan menggunakan kepakarannya. Di bawah kontrak ini, keuntungan yang diperoleh akan dibahagikan antara mereka mengikut nisbah yang dipersetujui sebelumnya, sementara sebarang kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh pemodal.

1 comment:

  1. Kalau peminjam hilang upaya bekerja dan pencen awal mcm mana dengan baki pinjaman?

    ReplyDelete